Sumbangan Tabung Bencana COVID-19

Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Bencana COVID-19 kepada Kerajaan Negeri Sabah

🗓 22hb April 2020
📍 Pusat Pentadbiran Negeri Sabah

Bagi membantu Kerajaan Negeri Sabah dalam usaha menjalankan tanggungjawab dan keprihatinan terhadap seluruh rakyat negeri seterusnya menyokong kestabilan ekonomi negeri Sabah, Kumpulan Sawit Kinabalu telah menyalurkan sumbangan dana kepada JAWATANKUASA TABUNG BENCANA NEGERI berjumlah RM 2,000,000.00 (Dua Juta Ringgit) berikutan wabak COVID-19 yang sedang menular di seluruh dunia.

Sumbangan dana tersebut telah disampaikan oleh Tuan Masri Pudin, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah turut disaksikan oleh Tuan Quek Lip Kie, Ketua Kewangan Kumpulan Sawit Kinabalu semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Bencana COVID-19 yang telah diadakan pada

22hb April 2020 di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Diharap dengan sumbangan bantuan kewangan ini dapat meringankan dan menyelaraskan bebanan kewangan yang sedang meningkat dan bersama-sama memerangi ancaman wabak COVID-19 di negeri Sabah dan di seluruh Negara.

#StayAtHome #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #ThankYouFrontliners


ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be premier Sabah based oil palm producer & property development.”

CONTACT US

Jalan Kelapa Sawit, Off KM4, Jln Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

+6088-235 811

+6088-217851