Pelan Pelancaran Antirasuah Organisasi Kumpulan Sawit Kinabalu (OACP SKG) 2025- 2029

KOTA KINABALU, SABAH – Kumpulan Sawit Kinabalu telah melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi Kumpulan Sawit Kinabalu (OACP SKG) 2025–2029 pada 7hb Mei lepas. OACP SKG adalah satu inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus yang baik di semua peringkat organisasi.

OACP SKG ini merupakan manifestasi komitmen Kumpulan Sawit Kinabalu dalam memerangi rasuah dan memastikan semua keputusan serta urusan yang dilaksanakan adalah telus, bebas daripada sebarang pengaruh tidak wajar, serta berlandaskan prinsip kebertanggungjawaban.

Kumpulan Sawit Kinabalu, yang sekian lama dikenali sebagai syarikat yang berdaya saing dalam industri sawit di Sabah, menyedari bahawa kejayaan sesebuah organisasi bukan sahaja dinilai melalui pencapaian komersial, tetapi juga melalui tahap integriti yang tinggi. OACP SKG 2025–2029 dibangunkan bagi membina asas kukuh ke arah persekitaran kerja yang bersih, profesional, dan beretika.

 

“Kami bertekad untuk memastikan proses kerja dalam organisasi ini sentiasa telus dan bertanggungjawab, tanpa mengira jawatan atau kedudukan. Pelaksanaan OACP SKG ini bukan sahaja bertujuan mengukuhkan pengurusan kewangan dan operasi syarikat, malah membina keyakinan pelanggan, rakan kongsi, dan masyarakat umum terhadap integriti syarikat,” ujar Datuk Victor Ationg, dalam ucapan pelancaran rasmi.

Datuk Victor Ationg selaku Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu menyeru seluruh warganya agar memberikan sokongan padu kepada OACP SKG ini dan sentiasa mengamalkan nilai amanah, kejujuran serta integriti dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Setiap individu dalam organisasi memainkan peranan penting dalam memastikan keberhasilan pelaksanaan pelan ini.

Usaha membudayakan integriti dan menolak amalan rasuah ini diharap akan menjadi contoh kepada organisasi lain di peringkat negeri mahupun antarabangsa.

Pihak pengurusan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam merangka OACP SKG 2025–2029, khususnya Ahli Jawatankuasa OACP dan Divisyen Integriti & Governans yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan pelan ini dapat direalisasikan.

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be a premier group with diversified and sustainable businesses that support the nation.”

CONTACT US

SAWIT KINABALU GROUP
BLOK B, MENARA KINABALU, JALAN SULAMAN, TELUK LIKAS, 88400 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA

+6088-235 811

+6088-247 358