THE BRANDLAUREATE BESTBRANDS AWARDS 2021/2022

Penganugerahan “CORPORATE EXCELLENCE IN AGRICULTURE PALM OIL” kepada Sawit Kinabalu

“Anugerah ini adalah untuk semua kakitangan Sawit Kinabalu di atas kerjasama dalam membangunkan syarikat dengan lebih maju walaupun dalam keadaan pandemik lalu yang telah menyekat pelbagai aspek dalam industri sawit. Kita akan terus berdiri dengan teguh untuk membuat kesinambungan yang positif dengan harapan untuk mengharumkan lagi nama syarikat dan industri sawit bukan sahaja di Sabah malah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa”, kata Pengarah Urusan Kumpulan syarikat

KUALA LUMPUR – Sawit Kinabalu telah menerima sebuah anugerah berprestij yang dikategorikan sebagai “Corporate Excellence in Agriculture Palm Oil” daripada The World Brands Foundation (TWBF) bagi tahun 2021 dan 2022.

Trofi istimewa yang direka khas dan disaluti emas 24 karat serta sijil telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Sri Dr. Mike Chan selaku Presiden European Wellness Biomedical Group, Germany kepada YBhg. Datuk Bacho Jansie selaku Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu disaksikan oleh Dr. KKJohan selaku Presiden Dunia The BrandLaureate pada Majlis Makan Malam Gala anugerah tersebut yang diadakan pada 25 Ogos 2022 bertempat di Majestic Hotel Kuala Lumpur.

Penganugerahan tersebut adalah di atas kejayaan syarikat dalam mengekalkan dan berjaya meningkatkan prestasi di sepanjang pandemik yang melanda di seluruh dunia. Anugerah ini juga merupakan pengiktirafan kepada syarikat yang telah banyak membantu lapisan masyarakat yang memerlukan yang turut menyumbang kepada ekonomi Negara.

The BrandLaureate BestBrands Awards mengiktiraf jenama-jenama terbaik di seluruh dunia yang meliputi pelbagai industri mewakili syarikat-syarikat multinasional, badan berkaitan kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana serta lain-lain lagi. Pemenang anugerah adalah dipilih melalui budaya dan komunikasi, strategi, inovasi serta prestasi jenama.

Antara penerima pada malam tersebut adalah ACER, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Great Eastern, Malaysia Rubber Council (MRC) dan Institut Jantung Negara (IJN) yang mewakili pelbagai kategori.

Bacho juga berharap agar dengan penganugerahan ini Sawit Kinabalu dapat melakar lebih banyak sejarah kejayaan di masa hadapan dan merangkul lebih banyak lagi anugerah dari segi pelbagai perspektif perniagaan dalam industri sawit.

Sawit Kinabalu adalah sebuah jentera pelaburan kerajaan Negeri berlatarbelakangkan perniagaan berasaskan kelapa sawit telah mula mempelbagaikan kegiatan perniagaan antaranya perniagaan daging lembu segar premium tempatan dan halal di bawah jenama “Kinabalu Beef” bersesuaian dengan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021 – 2025 dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be a premier group with diversified and sustainable businesses that support the nation.”

CONTACT US

Jalan Kelapa Sawit, Off KM4, Jln Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

+6088-235 811

+6088-247 358