Sumbangan PPE

Sumbangan Keperluan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) kepada Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Sumbangan PPE kepada Hospital Duchess Kent
🗓 17 April 2020
📍 Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Bagi membantu meringankan beban dalam menangani wabak COVID-19, Kumpulan Sawit Kinabalu dengan berbesar hati telah memberi sumbangan berbentuk Peralatan Perlindungan Diri (PPE) kepada Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Sumbangan yang terdiri daripada topeng muka jenis N-95, kasut but keselamatan dan cecair pembasmian kuman tangan (Hand Sanitizer) telah disampaikan bagi pihak syarikat oleh Pengurus Besar Wilayah Sandakan, Tuan Abd Sammad Saleh kepada pihak Hospital Duchess of Kent pada 17hb April 2020.

Diharap sumbangan dan inisiatif daripada syarikat ini dapat membantu usaha-usaha pihak barisan hadapan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dalam menangani dan membanteras penularan wabak COVID-19 yang telah berlaku di seluruh Negara.

Marilah kita bersama-sama membantu membendung wabak COVID-19 dengan menjaga kebersihan dan kesihatan masing-masing dan keluarga yang tersayang.

#StayAtHome #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #ThankYouFrontliners

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be premier Sabah based oil palm producer & property development.”

CONTACT US

Jalan Kelapa Sawit, Off KM4, Jln Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

+6088-235 811

+6088-217851