Sumbangan Kepada Rumah Anak Yatim & Maahad Tahfiz HOME Tuaran & Maahad Tahfiz Ulum Azzkia’, Papar

🗓 27 April 2021
📍 Rumah Anak Yatim & Maahad Tahfiz HOME Tuaran
📍 Maahad Tahfiz Ulum Azzkia’, Papar

Sempena bulan Ramadhan tahun 1442H/2021M, Kumpulan Sawit Kinabalu telah menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya sekali lagi melalui sumbangan kepada dua organisasi yang berlainan iaitu Rumah Anak Yatim & Maahad Tahfiz HOME Tuaran dan Maahad Tahfiz Ulum Azzkia’, Papar.

Sebanyak RM20,000.00 sebagai sumbangan telah disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu kepada Madrasah Tahfiz Darul Ulum Azzkia’ Kampung Sagang Pengalat Besar Papar dan Rumah Anak Yatim dan Miskin HOME Tuaran pada 19 April 2021 bersamaan hari Isnin di Grand Ballroom, Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa.

Selain itu, Sawit Kinabalu juga telah menyumbangkan barang keperluan harian seperti tuala, ubat gigi, cecair pembasmi kuman tangan (hand sanitizer), bakul makanan ringan dan hidangan berupa KFC kepada setiap pelajar tahfiz serta anak-anak yatim dan miskin sejumlah 50 orang. Sempena bulan Ramadhan dan ketibaan perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 1442H, setiap pelajar tahfiz, anak-anak yatim serta penjaga/guru turut mendapat duit raya yang telah disampaikan oleh Encik Bacho Jansie selaku Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu pada 27 April 2021 bertempat di kedua-dua Rumah Anak Yatim & Maahad Tahfiz HOME Tuaran dan Maahad Tahfiz Ulum Azzkia’, Papar.

Golongan anak – anak yatim dan pelajar tahfiz adalah amat istimewa dan amalan menyantuni adalah amat diutamakan oleh Kumpulan Sawit Kinabalu pada setiap bulan Ramadhan bagi mengingati dan meringankan tanggungjawab insan yang menjaga anak-anak yatim dan pelajar tahfiz ini.

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be premier Sabah based oil palm producer & property development.”

CONTACT US

Jalan Kelapa Sawit, Off KM4, Jln Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

+6088-235 811

+6088-217851