SUMBANGAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR DI BEBERAPA KAMPUNG YANG TERJEJAS DI PENAMPANG

🗓 23 September 2021, 10:00 Pagi
📍 Dewan Raya Datu Damidal, Sugud

 

Bermula pertengahan Mei sehingga pertengahan September 2021, Malaysia akan berada dalam tempoh Monsun Barat Daya (MBD) dan mengalami ribut petir dan hujan lebat yang agak kerap mengakibatkan bencana seperti banjir dan tanah runtuh.

Sabah turut tidak ketinggalan dalam menghadapi kesan musim MBD ini ditambah lagi dengan fenomena air pasang di beberapa kawasan terutamanya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan daerah Penampang dan Putatan. Beberapa amaran ribut petir turut dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bagi beberapa kawasan pedalaman dan pantai barat yang terkesan seperti Sipitang, Beaufort, Kudat, Kota Belud, Tuaran dan Papar.

Antara kampung dan kawasan yang teruk terkesan dilanda banjir kilat adalah Kampung Kolopis, Kampung Baru Luyang, Kampung Inobong, Kampung Nambazan, Kampung Dungkahang, Kampung Tuavon dan Kampung Sugud yang kesemuanya terletak di daerah Penampang. Difahamkan beberapa rumah dan kenderaan telah terjejas akibat tanah runtuh yang berlaku disebabkan hujan lebat yang berterusan.

Sempena penyerahan sumbangan bantuan oleh Yayasan Nur Jauhar, Kumpulan Sawit Kinabalu juga telah mengambil bahagian dalam acara penyerahan bantuan tersebut. Turut hadir menyertai acara penyerahan ini adalah daripada pihak ADABI dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dengan rasa prihatin dan tanggungjawab terhadap mangsa-mangsa banjir ini, Kumpulan Sawit Kinabalu telah menyumbangkan sebanyak 300 buah bakul makanan, 100 set portable stove bersama gas memasak, 600 unit tuala mandi, 300 unit tilam dan 300 karton air mineral kepada mangsa banjir di kampung-kampung yang terjejas di Penampang melalui Pertubuhan Paradigma Wanita Sabah (AWAS).

Penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh isteri yang Dipertua Negeri Sabah, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Datuk R.M. Jasni selaku Penasihat Yayasan Nur Jauhar serta Brigedier Jeneral Kolonel Haji Al Hambra Bin Tun Juhar selaku Pengerusi Yayasan Nur Jauhar bertempat di Dewan Raya Datu Damidal, Kampung Sugud, Penampang.

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be premier Sabah based oil palm producer & property development.”

CONTACT US

Jalan Kelapa Sawit, Off KM4, Jln Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

+6088-235 811

+6088-217851