kinabatangan

 

 

 

We make SUSTAINABILITY works for us

RM15,000 BERBENTUK 1500 KARTON AIR MINERAL DISUMBANGKAN KEPADA MANGSA BANJIR DI DAERAH BEAUFORT, TENOM DAN KEMABONG

🗓 27 Mei 2021
📍 Pejabat Daerah Tenom
📍 Pejabat Daerah Kecil Kemabong

Seperti yang kita maklum fenomena banjir sekali lagi telah melanda negeri Sabah dan kali ini telah berlaku di daerah Beaufort, Tenom dan Kemabong. Difahamkan jumlah lebih 4,000 orang telah terjejas akibat banjir yang berlaku di ketiga-tiga daerah tersebut. Musibah banjir ini telah menyebabkan banyak kerosakan terjadi terutamanya pada harta benda dan hasil tanaman penduduk setempat. Turut menyumbang kepada masalah akibat banjir ini adalah untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian para penduduk.

Dalam meringankan bebas mangsa-mangsa terjejas, Kumpulan Sawit Kinabalu telah mengambil usaha untuk mengagihkan bantuan air mineral sebanyak 1,500 karton botol air mineral berjumlah RM15,000.00 kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Tenom, Kemabong dan Beaufort.

Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Encik Bacho Jansie yang mengetuai rombongan syarikat telah menyampaikan sumbangan air mineral kepada Encik Sungkim Rumangun selaku Pegawai Daerah Tenom dan Encik Yuesri Ismail Yusof selaku Penolong Pegawai Daerah Kemabong masing-masing di kedua-dua pejabat daerah tersebut. Turut serta dalam rombongan berkenaan ialah Ketua Sumber Manusia dan Ternakan Kumpulan Sawit Kinabalu, Encik Victor Ationg dan Pengurus Besar Wilayah Pantai Barat, Encik Syed Khairul Malay Rasheed.

Bacho Jansie berkata, adalah menjadi salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan Sawit Kinabalu untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang terkesan daripada bencana banjir terburuk yang pernah terjadi di daerah itu.

“Melalui bantuan ikhlas ini, saya sendiri sempat berjumpa dengan pegawai-pegawai daerah Tenom dan Kemabong untuk mengetahui lebih lanjut keadaan mangsa-mangsa banjir dan saya berharap sumbangan dari Kumpulan Sawit Kinabalu ini dapat dimanfaatkan oleh mereka yang ditimpa musibah ini. Saya mendoakan agar mangsa banjir diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus menghadapi segala cabaran ini”, katanya selepas menyampaikan sumbangan berkenaan.

 

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be premier Sabah based oil palm producer & property development.”

CONTACT US

Jalan Kelapa Sawit, Off KM4, Jln Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

+6088-235 811

+6088-217851