Minyak Masak ‘GOLD’

Sumbangan 1000 kotak buah Kurma

🗓 29 April 2021
📍 Tuaran

Tahun 2021 sekali lagi menyaksikan sambutan bulan Puasa disambut dengan sederhana oleh kerana pandemik COVID-19 masih lagi di tahap yang membimbangkan di negeri Sabah. Namun, simbolik bagi setiap bulan Ramadhan tidak dilupakan iaitu buah kurma.

Sempena kedatangan bulan Ramadhan 1442H bagi pihak Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu iaitu YAB Datuk Seri Panglima Datuk Haji Hajiji Haji Noor, Kumpulan Sawit Kinabalu telah menyumbangkan sebanyak 1000 kotak kurma kepada penduduk di daerah Tuaran.

Sumbangan 1000 kotak buah kurma telah dihantar pada 29 April 2021 bersamaan hari Khamis bertempat di Kg Serusup, Tuaran. Sumbangan ini juga membawa Sawit Kinabalu menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dalam membantu dan mengasihi penduduk daerah Tuaran dalam menyambut bulan Ramadhan 1442H yang menjelang.

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be premier Sabah based oil palm producer & property development.”

CONTACT US

Jalan Kelapa Sawit, Off KM4, Jln Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

+6088-235 811

+6088-217851