MAJLIS PENYERAHAN WAKALAH ZAKAT BERJUMLAH RM25,000 KEPADA 25 BUAH MASJID DAN SURAU DI BANDAU, KOTA MARUDU

🗓 6 Mei 2021
📍 Pejabat Daerah Kota Marudu

Selain golongan sasaran di daerah Tuaran, Papar dan Libaran, Kumpulan Sawit Kinabalu juga turut menambah penerima wakalah zakat iaitu kepada 25 buah masjid dan surau di Bandau daerah Kota Marudu yang berjumlah RM25,000.00. Cek replika telah disampaikan kepada YB Datuk Wetrom Bahanda (tiga dari kanan) selaku ADUN N06 Bandau oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Encik Bacho Jansie dan disaksikan oleh Pegawai Daerah Kota Marudu, Encik William Ahlan pada 6 Mei 2021 (Khamis) bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Kota Marudu. Antara tujuan pemberian wakalah zakat ini adalah untuk membaik pulih dan menambahbaik keadaan yang sedia ada bagi 25 buah masjid dan surau di pekan Bandau untuk keselesaan penduduk setempat. Turut menyertai majlis penyerahan ini ialah Encik Khairul Azhan Othman, Ketua Perladangan dan Perniagaan Baru II dan Encik Victor Ationg, Ketua Sumber Manusia dan Ternakan.

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be premier Sabah based oil palm producer & property development.”

CONTACT US

Jalan Kelapa Sawit, Off KM4, Jln Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

+6088-235 811

+6088-217851