Majlis Penyerahan Wakalah Zakat berjumlah RM10,300 kepada 103 murid asnaf di Sekolah Kebangsaan Laya-Laya, Tuaran
6 Mei 2021
Sekolah Kebangsaan Laya-Laya, Tuaran
Perayaan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba dan sebagai amalan syarikat, Kumpulan Sawit Kinabalu telah menyerahkan wakalah zakat berjumlah RM10,300.00 kepada 103 orang murid asnaf di Sekolah Kebangsaan Laya-Laya, Tuaran. Wakalah zakat ini telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Encik Bacho Jansie kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Laya-Laya, Tuaran iaitu Encik Abdul Rahman Bin Senang.
Melalui wakalah zakat ini, setiap murid asnaf di sekolah tersebut akan menerima duit raya sebanyak RM100.00 sebagai sumbangan ikhlas dan sedekah bagi murid yang memerlukan yang mana turut merupakan objektif utama bagi acara ini.