MAJLIS PENYERAHAN KUIH MUIH KEPADA PASUKAN KESELAMATAN DAN PETUGAS KESIHATAN SABAH

🗓 29 April 2021
📍 Pusat Pentadbiran Negeri Sabah

Sempena sambutan Ramadhan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri 1442H/2021M, Kumpulan Sawit Kinabalu sekali lagi telah menyertai acara penyerahan kuih muih kepada Pasukan Kesalamatan Sabah yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bertempat di Dewan Bankuasi, Aras 26, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS). Pada tahun ini, sebanyak 12 penerima sumbangan yang telah digolongkan oleh Kerajaan Negeri Sabah yang terdiri dari:

  1. Markas Pemerintahan Armada timur
  2. Polis Diraja Malaysia
  3. Divisyen Ke-5 Infantri
  4. Tentera Udara Diraja Malaysia
  5. Angkatan Tugas Bersama 2
  6. ESSCOM
  7. Agensi Penguatkuasaan Maritim
  8. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah
  9. Jabatan Penjara
  10. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
  11. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
  12. Jabatan Sukarelawan Malaysia  

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menghargai pengorbanan anggota-anggota keselamatan dan petugas-petugas kesihatan yang bertungkus-lumus bertugas pada bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan keselamatan rakyat negeri terjaga terutamanya dalam suasana pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia.

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be premier Sabah based oil palm producer & property development.”

CONTACT US

Jalan Kelapa Sawit, Off KM4, Jln Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

+6088-235 811

+6088-217851