Skip to content

SAMBUTAN TRIPARTITE HARI PEKERJA
Peringkat Negeri Sabah 2024

🗓 7 Mei 2024 (Selasa)
📍 Sipadan Hall, Sabah International Convention Centre (SICC)

Bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa” pada tahun ini, Kumpulan Sawit Kinabalu telah menghadiri Sambutan Tripartite Hari Pekerja Peringkat Negeri Sabah 2024 di Sipadan Hall, Sabah International Convention Centre (SICC) yang dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

 

Antara yang hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Victor Ationg bersama Tuan Syed Khairul Malay Rasheed (Controller of Human Resources), Tuan Mohd Muazam Syah Haji Idris (Pengurus Besar Wilayah Pantai Barat), Tuan Zaidi Abdullah (Pengurus Besar Sumber Manusia – Inspektorat), Tuan Rozaidi Arshad (Pengurus Besar SKLIC & Husbandry), Tuan Richard Idek (Pengurus Besar Operasi Perkilangan), Puan Rozina Aman Sham (Pengurus Besar Kewangan) dan Cik Philipa W Mojilis (Pengurus Besar Sumber Manusia dan Komunikasi Korporat).

Sawit Kinabalu juga telah dilantik sebagai pembaca ikrar dan memimpin hampir 1,000 peserta bagi bacaan ikrar bertajuk “Kami Warga Pekerja Malaysia” yang diketuai oleh Encik Nigel Marudin (Eksekutif Sumber Manusia wilayah Lahad Datu) bersama 30 orang kakitangan dari pelbagai unit operasi.

Syabas diucapkan kepada semua wakil pembaca ikrar dari Kumpulan Sawit Kinabalu di atas penggalasan tanggungjawab yang telah diberikan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah.

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be a premier group with diversified and sustainable businesses that support the nation.”

CONTACT US

SAWIT KINABALU GROUP
BLOK B, MENARA KINABALU, JALAN SULAMAN, TELUK LIKAS, 88400 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA

+6088-235 811

+6088-247 358