LAWATAN KERJA YB MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
KE KOMPLEKS SAWIT KINABALU LIVESTOCK INTEGRATED CENTRE (SKLIC) DI BALUNG, TAWAU
 Disember 2024
Sawit Kinabalu Livestock Integrated Centre (SKLIC)
TAWAU, SABAH – Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Sawit Kinabalu Livestock Integrated Centre (SKLIC) di Balung, Tawau. Lawatan ini bertujuan untuk menyaksikan operasi kerja sambil meninjau projek terkini yang dilaksanakan di dalam Kompleks SKLIC.
Lawatan bermula di fidlot pusat pembiakan lembu secara intensif, seterusnya melihat integrasi lembu di ladang kelapa sawit dan diakhiri dengan lawatan ke kilang pemprosesan produk hiliran daging di Balung Beef Centre. Ucapan alu-aluan dan kemaskini mengenai projek di SKLIC telah disampaikan kepada Yang Berhormat Menteri oleh Pengawal Perladangan 1, Tuan Abdul Halim Alimuddin bagi mewakili Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg.
Turut hadir bersama Encik Abd Sammad Salleh, Pengurus Besar Wilayah Tawau, Encik Rozaidi Arshad, Pengurus Besar SKFP & Feed Mill serta Dr. Samuil Mopun, Pengurus Besar Consumer Products.