Skip to content

KUMPULAN SAWIT KINABALU MERAIKAN KAKITANGAN DAN TETAMU JEMPUTAN DENGAN MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024

🗓 30 April 2024 (Selasa)
📍 Sipadan Hall 1, Sabah International Convention Centre (SICC)

Bersamaan 18 Ramadan 1445 Hijrah, Kumpulan Sawit Kinabalu telah mengadakan sebuah majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Sipadan Hall 1, Sabah International Convention Centre (SICC).

Lebih 500 orang hadir memeriahkan lagi suasana majlis yang terdiri dari kakitangan bahagian Ibu Pejabat, tetamu jemputan dari pelbagai jabatan kerajaan, agensi, rakan niaga serta rakan-rakan media diraikan dengan pelbagai hidangan serta persembahan dendangan lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri.

Diharapkan dengan pengadaan majlis rumah terbuka ini dapat merapatkan lagi silaturrahim dan hubungan baik di antara Kumpulan Sawit Kinabalu dengan organisasi lain di samping bersama-sama menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Tuan Victor Ationg, Pengarah Urusan Kumpulan dan Pegawai Eksekutif Kumpulan bersama Datin Stella Ambrose, Timbalan Pegawai Eksekutif Kumpulan menyerahkan duit raya kepada seluruh warga Kumpulan Sawit Kinabalu serta kakitangan Sabah International Convention Centre (SICC) yang bertugas semasa Majlis Rumah Kumpulan Terbuka Kumpulan Sawit Kinabalu.