KUMPULAN SAWIT KINABALU MEMBAYAR RM3,527,161.15 SEBAGAI ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA MUIS DAN RM50,000 SEBAGAI ZAKAT WAKALAH KEPADA YAYASAN NUR JAUHAR

🗓 4 Mei 2021
📍 Istana Negeri Sabah
📍 Masjid Jamek As Salam Kampung Benoni, Papar

Kumpulan Sawit Kinabalu telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM 3,527,161.15 (Ringgit Malaysia Tiga Juta Lima Ratus Dua Puluh Tujuh Ribu Satu Ratus Enam Puluh Satu dan Sen Lima Belas Sahaja) kepada Tabung Zakat, Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS). Zakat perniagaan bagi hasil kutipan tahun 2018 sehingga tahun 2020 tersebut telah disampaikan oleh Encik Bacho Jansie selaku Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu kepada Encik Iwansuzairi Bin Hari selaku Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS dan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Selain zakat perniagaan, Kumpulan Sawit Kinabalu turut menyerahkan wakalah zakat perniagaan berjumlah RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja) kepada Yayasan Nur Jauhar bagi membantu lagi golongan asnaf di Sabah. Pengarah Urusan Kumpulan Encik Bacho berkata, “Kumpulan Sawit Kinabalu amat menitikberatkan amalan menyumbang kembali kepada masyarakat dan akan menyatakan kesungguhannya untuk menjadi proaktif dalam menjalankan perniagaan agar dapat mencapai lebih banyak keuntungan sekaligus dapat membudayakan amalan bersedekah bagi membantu golongan yang memerlukan di negeri Sabah”.

 

 

Dalam pada itu, syarikat juga telah memberi wakalah zakat kepada Syukbah Kebajikan dan Kaunseling Masjid Jamek As Salam Kampung Benoni, Papar yang mewakili golongan ibu tunggal dan anak-anak yatim di Masjid Jamek As Salam Kg Benoni, Papar pada 2 Mei 2021 (Ahad) sejumlah RM25,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu Sahaja).

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be premier Sabah based oil palm producer & property development.”

CONTACT US

Jalan Kelapa Sawit, Off KM4, Jln Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

+6088-235 811

+6088-217851