Skip to content

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI KE SAWIT POIC SANDAKAN

🗓27 April 2024 (Sabtu)
📍 Sawit POIC, Sandakan

Satu kunjungan rasmi daripada Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen P.172 Kota Kinabalu, Yang Berhormat Datuk Chan Foong Hin bersama rombongan telah diadakan ke Sawit POIC, Sandakan.

Turut mengiringi rombongan YB Timbalan Menteri semasa lawatan tersebut ialah Ahli Parlimen P.186 Sandakan, Yang Berhormat Puan Vivian Wong Shir Yee.

Lawatan telah dimulakan dengan taklimat mengenai Sawit POIC, Sawit Bulkers Sdn Bhd dan Sawit Kinabalu Jetty Sdn Bhd yang disampaikan oleh Encik Peter David, Pengurus Besar Penapisan, Pemasaran dan Perdagangan bagi menerangkan status dan kemas kini keseluruhan fasiliti di Sawit POIC. Bagi menyempurnakan objektif lawatan ini, sesi soal jawab di antara pihak Kementerian Perladangan dan Komoditi bersama Pejabat Parlimen Sandakan dan Kumpulan Sawit Kinabalu turut diadakan untuk membincangkan pembangunan dan strategi seterusnya bagi Sawit POIC, Sandakan. Rombongan juga turut dibawa untuk melawat keseluruhan kawasan selepas taklimat selesai.

 

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be a premier group with diversified and sustainable businesses that support the nation.”

CONTACT US

SAWIT KINABALU GROUP
BLOK B, MENARA KINABALU, JALAN SULAMAN, TELUK LIKAS, 88400 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA

+6088-235 811

+6088-247 358