Tanggungjawab Sosial Korporat (Csr) Kumpulan Sawit Kinabalu – Penyerahan Token Apresiasi Dan Sumbangan Kepada Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Sui Khor, Kota Kinabalu

🗓 4hb Julai 2020
📍 Sibuga Industrial Centre, Sandakan

Kumpulan Sawit Kinabalu komited untuk menjadi warga korporat yang bertanggungjawab melalui beberapa inisiatif untuk membantu pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan badan swasta terutamanya di negeri Sabah agar lebih membangun dan maju.

Perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan Sawit Kinabalu pada kali ini menyaksikan penyerahan sumbangan kepada Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Sui Khor (Che Sui Khor Moral Uplifting Society) yang berlangsung pada 24 Februari 2021 bersamaan hari Rabu. Dimulakan pada jam 8.30 pagi, sesi penyampaian sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Quek Lip Kie selaku Ketua Kewangan Kumpulan Sawit Kinabalu mewakili Pengarah Urusan Kumpulan, Tuan Bacho Jansie kepada Encik Chan Kok Seng sebagai Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Sui Khor.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Puan Stella Ambrose (Ketua Pemprosesan, Kejuruteraan dan Pembangunan Hartanah), Encik Victor Ationg (Ketua Sumber Manusia), Puan Judith Ignatius (Pengurus Kanan Pentadbiran Am) dan Cik Philipa W Mojilis (Pengurus Komunikasi Korporat).

Sumbangan yang disampaikan adalah berupa Lima buah hamper, Lima kotak limau mandarin dan wang tunai sebanyak Lima Ribu Ringgit (RM5,000.00). Sumbangan ini juga adalah sebagai cenderahati kepada pertubuhan tersebut yang telah banyak membantu syarikat dari segi keperluan tempat letak kereta.

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be premier Sabah based oil palm producer & property development.”

CONTACT US

Jalan Kelapa Sawit, Off KM4, Jln Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

+6088-235 811

+6088-217851