KUMPULAN SAWIT KINABALU SERAH RM20 JUTA DIVIDEN, SUMBANGAN TABUNG COVID-19
02 September 2021
Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu
Kerajaan Negeri menerima RM20 juta daripada Kumpulan Sawit Kinabalu sebagai pembayaran dividen dan sumbangan untuk Tabung COVID-19.
Daripada jumlah itu sebanyak RM10 juta adalah untuk pembayaran interim dividen bagi suku pertama dan kedua tahun 2021, sementara baki RM10 juta untuk Tabung COVID-19