kinabatangan

 

 

 

We make SUSTAINABILITY works for us

BENCANA COVID 19 & BANJIR: KUMPULAN SAWIT KINABALU GIAT MENGAGIHKAN BAKUL MAKANAN KEPADA GOLONGAN SASAR DI 8 BUAH DAERAH

🗓 21 Januari 2021 (Khamis) 
📍 Tuaran & Kota Belud

Pandemik COVID-19 disertai dengan fenomena banjir yang telah melanda beberapa buah daerah di negeri Sabah pada awal tahun ini telah menyaksikan pelbagai lapisan masyarakat menghadapi berbagai kesulitan. Atas rasa ihsan dan prihatin, Kumpulan Sawit Kinabalu berikhtiar untuk terus mempergiat usaha dalam membantu warga yang terjejas disebabkan oleh bencana.

Pengagihan bantuan bakul makanan berjumlah RM130,000.00 telah disumbangkan kepada 8 buah daerah di wilayah Pantai Barat Sabah iaitu Membakut, Beaufort, Bongawan, Papar, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud, Kudat dan Pitas. Setiap agihan bakul makanan mengandungi makanan asas seperti beras, minyak masak, dan makanan keperluan yang lain.

Kumpulan Sawit Kinabalu merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang sentiasa komited untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam memberi sumbangan kepada masyarakat demi kesejahteraan rakyat.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Encik Bacho Jansie, kebajikan kakitangan dan pekerja amatlah diutamakan bagi memastikan prestasi kerja sentiasa terjaga dan begitu juga masyarakat setempat. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat beberapa unit operasi dan kawasan perumahan pekerja di daerah Papar, Beaufort, Kota Marudu dan Pitas juga turut terjejas akibat banjir.

Sepanjang berlakunya tiga gelombang pandemik COVID – 19 di Sabah, Kumpulan Sawit Kinabalu telah menyalurkan sejumlah RM 14.5 Juta dalam usaha untuk membantu mengawal penularan wabak merbahaya tersebut dan meringankan beban pelbagai pihak yang terdiri daripada masyarakat dan para pekerja serta kakitangan Sawit Kinabalu sendiri.

 

ABOUT US

“ Sawit Kinabalu Sdn Bhd is a premier investment arm of the state government in the oil palm industry. Our Vision is to be premier Sabah based oil palm producer & property development.”

CONTACT US

Jalan Kelapa Sawit, Off KM4, Jln Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

+6088-235 811

+6088-217851